{ I L O V E Y O U }


ENTRY ABOUT NEWER OLDER +FOLLOW

Winter Whisp

Leave ur footprint

Past Winter

my fate

Winter Credit

i'm single

Template Farah Dini
Basecodes Aqila Farah
The Owner Ain
TutoBies Fatin|Farah|Atiqah
Best Views Google,WeHeartIt

Pengakhiran Cerita .
   Harini tangan aku menaip papan kekunci , ya dan mungkin ini cerita terakhir aku untuk aku luahkan . 2014 adalah tahun yang sangat perit , penuh dengan kepahitan dan kelukaan . Apa yang terdetik dalam hati aku pada penghujung penghujung tahun 2014 adalah “mungkin 2015 akan lebih baik dan mungkin kemanisan lalu akan kembali” Tapi aku silap . Silap dalam setiap langkah . Silap dalam setiap perbuatan . Apa yang aku impikan itu cuma mimpi , ya mimpi yang pasti tak akan menjadi realiti . Dan apa yang dah menjadi mimpi ngeri aku itu berubah menjadi realiti .
  
     Semua cerita cinta kita dah hilang , sekelip mata . Semua rindu kita dah lupus . Sungguh aku rindu , rindu saat mula mula perkenalan . Sekarang semua dh tak significant dalam hidup aku . Redha? Susah . Orang yang bercakap takkan tahu apa kita lalui dan apa kita rasai . Tapi aku lupa ni semua percaturan Tuhan . Cerita yang Tuhan dah atur , mungkin Tuhan dah sediakan yang terbaik untuk aku nanti . Apa aku lupa ya , selepas hujan kan selalu ada pelangi ?

   Bukan aku tak redha , bukan aku nak salahkan kuasa Tuhan . Cuma aku , aku yang terlalu tunduk akan kehendak diri,  dan leka dengan kasih sayang manusia . Aku lupa yang hati manusia ni berubah ubah , ya seperti cuaca yang berubah. Aku silap dalam meletakkan harapan pada bahu orang yang salah . Terkadang aku menyesal “arghhh kenapa aku tak sedar dari mula?” tapi untuk apa aku menyesal ? Apa dengan perasaan menyesal tu semua boleh kembali ke tempat asal ? Tidak sama sekali .

  Aku tak salahkan kau dan dia . Mungkin ini silap aku sendiri . Dan mungkin juga salah itu berpunca dari kau . Apa adil andai aku sendiri dipersalahkan dalam setiap perkara ? Apa kau tidak pernah membuat kesilapan ? Aku tak tahu kurang aku di mana . Ya aku tak sempurna , tapi sekurangnya aku dah cuba Cuba sehabis mungkin . Sedangkan kau ? Hmm tak apalah tak perlu rasanya aku nyatakan disini . Kita sama sama buat kesilapan , tolong sedar itu .
  
  Month passed by , aku kena bangun berdiri dah . Lupakan semua cerita lama . Balik ke jalan yang sepatutnya sebab aku dah terlalu lalai sebagai seorang hamba . Malu menghadap Tuhan selepas peluang berkali . Moga kita berubah , dan mungkin berjumpa lima ke enam tahun lagi dan mungkin saat tu kita hanya mampu ketawakan cerita lama kita tanpa sebarang dendam dan perasaan benci .


P/S : Terimakasih kerana hadir even sementara , thanks jugak atas semua pengajaran . Ya pengalaman mendewasakan . Cuma ingat “ulangi kesilapan adalah kesilapan” jaga diri , jaga tiang agama kepada empunya diri . 

0 comment[s]