{ I L O V E Y O U }


ENTRY ABOUT NEWER OLDER +FOLLOW

Winter Whisp

Leave ur footprint

Past Winter

my fate

Winter Credit

i'm single

Template Farah Dini
Basecodes Aqila Farah
The Owner Ain
TutoBies Fatin|Farah|Atiqah
Best Views Google,WeHeartIt

Pengakhiran Cerita .
   Harini tangan aku menaip papan kekunci , ya dan mungkin ini cerita terakhir aku untuk aku luahkan . 2014 adalah tahun yang sangat perit , penuh dengan kepahitan dan kelukaan . Apa yang terdetik dalam hati aku pada penghujung penghujung tahun 2014 adalah “mungkin 2015 akan lebih baik dan mungkin kemanisan lalu akan kembali” Tapi aku silap . Silap dalam setiap langkah . Silap dalam setiap perbuatan . Apa yang aku impikan itu cuma mimpi , ya mimpi yang pasti tak akan menjadi realiti . Dan apa yang dah menjadi mimpi ngeri aku itu berubah menjadi realiti .
  
     Semua cerita cinta kita dah hilang , sekelip mata . Semua rindu kita dah lupus . Sungguh aku rindu , rindu saat mula mula perkenalan . Sekarang semua dh tak significant dalam hidup aku . Redha? Susah . Orang yang bercakap takkan tahu apa kita lalui dan apa kita rasai . Tapi aku lupa ni semua percaturan Tuhan . Cerita yang Tuhan dah atur , mungkin Tuhan dah sediakan yang terbaik untuk aku nanti . Apa aku lupa ya , selepas hujan kan selalu ada pelangi ?

   Bukan aku tak redha , bukan aku nak salahkan kuasa Tuhan . Cuma aku , aku yang terlalu tunduk akan kehendak diri,  dan leka dengan kasih sayang manusia . Aku lupa yang hati manusia ni berubah ubah , ya seperti cuaca yang berubah. Aku silap dalam meletakkan harapan pada bahu orang yang salah . Terkadang aku menyesal “arghhh kenapa aku tak sedar dari mula?” tapi untuk apa aku menyesal ? Apa dengan perasaan menyesal tu semua boleh kembali ke tempat asal ? Tidak sama sekali .

  Aku tak salahkan kau dan dia . Mungkin ini silap aku sendiri . Dan mungkin juga salah itu berpunca dari kau . Apa adil andai aku sendiri dipersalahkan dalam setiap perkara ? Apa kau tidak pernah membuat kesilapan ? Aku tak tahu kurang aku di mana . Ya aku tak sempurna , tapi sekurangnya aku dah cuba Cuba sehabis mungkin . Sedangkan kau ? Hmm tak apalah tak perlu rasanya aku nyatakan disini . Kita sama sama buat kesilapan , tolong sedar itu .
  
  Month passed by , aku kena bangun berdiri dah . Lupakan semua cerita lama . Balik ke jalan yang sepatutnya sebab aku dah terlalu lalai sebagai seorang hamba . Malu menghadap Tuhan selepas peluang berkali . Moga kita berubah , dan mungkin berjumpa lima ke enam tahun lagi dan mungkin saat tu kita hanya mampu ketawakan cerita lama kita tanpa sebarang dendam dan perasaan benci .


P/S : Terimakasih kerana hadir even sementara , thanks jugak atas semua pengajaran . Ya pengalaman mendewasakan . Cuma ingat “ulangi kesilapan adalah kesilapan” jaga diri , jaga tiang agama kepada empunya diri . 

0 comment[s]

Doa yang terjawab
   Bodoh tau Ain ni. Bodoh.
   Kenapa aku cakap dia bodoh? Ok macam ni.
   Aku dekat mamak, pukul 9 malam. Kalau kau biasa lepak mamak, kau taulah waktu tu memang waktu puncak untuk mamak ramai. Dan oh, hari ni hari Sabtu. . Dah boleh bayang tak ramainya macamana?
   Dan si Ain ni boleh bantai menangis, tersendu-sendu.
   Apa la orang fikir ni karang. Aku yang lelaki  menipu perempuan yang? Fuhh. Jangan la ada yang report ke ibu aku ni karang.
   "Kau tak faham Mikael"
   "Tak kisah la aku faham ke tak, tapi boleh tak nangis kau tu perlahan sikit? Babi, orang pandang la bodoh!"
 cuba la kesat sikit air mata dia. Cuba ya. Sebab aku tengok macam nak taknak je ngesatnya tu.
   "Tak, kau tak faham. Cuba kau bayangkan ya Mikael" Laaa pulak suruh bayangkan. Hmm susah ni.
   "Aku bercinta dengan dia dan aku sayang gila ke dia"
   "Slow suara tu babi. Slow"
 Apa, tak bernilai ke cinta aku ni pada dia?" ujar Ain macam berbisik.
   "Well, orang mestilah pilih yang lagi elok kan? Eh.." aku tau aku salah cakap ni. Sebab Ain sambung nangis lagi. Bodohnya perempuan sendu teruk depan orang ramai sebab lelaki. 
   "Dah takde jodoh. Nak buat macamana. Kau pun satu, kalau dah bercinta kenapa tak minta doa kepada Allah? Ada berdoa mintak?"
   Fuhh Ain muka dia masa aku cakap pasal doa, ada tertulis dialog "Eh tolong sikit ek, aku buat hokayh!"
   "Eh, tolong sikit eh, Aku buat tau tak!"
   Kahkahkah. Betul sial. 
   "Aku setiap kali aku solat, aku berdoa tau tak!"
   "Kau doa apa?" tanya aku pada Ain.
   "Aku doa "Ya Allah, kalau dia bukan jodohku, kau jauhkanlah dia dariku. Namun kalau betul dia jodohku, kau permudahkanlah segala urusan. Janganlah kau sulitkan segala usaha kami untuk menghalalkan perkara yang dulunya haram." Aku doa macam tu! Aku siap hafal lagi tau tak!"
   "Serius? Kau doa macam tu?"
   "Ye la!"
   Aku tersenyun.
   "Kau rasa, Allah dah jawab belum doa kau tu?"
Ain terdiam sekejap. Berfikir.
   Lepas tu straight aku panggil mamak suruh kira.





   Sebab Ain bodoh ni dah start hentak-hentak kepala atas meja macam orang gila.

0 comment[s]

Relationship
Are you in a great relationship but wonder if there's someone better out there for you?
Ya, betul, kita cuma manusia biasa. Kita takut kalau-kalau kita buat kesilapan dalam pemilihan terutama sekali dalam hal cinta. Apatah lagi kini kita hidup dalam persekitaran yang berfikiran, "Kau muda lagi. Tak payah fikir komitmen." Maka banyaklah jiwa yang jatuh dalam perangkap, kekal rasa ragu-ragu walau dah bertahun dengan orang yang sama. 

Pada aku, ada satu je perkara paling penting untuk mencintai orang yang kau tengah bersama sekarang ni.

Kau kena fokus kat apa ada pada dia, bukan yang takde. Merepek lah 'I want a guy/girl who..' tu. Kau mesti pernah dengar psikologi yang gelas half-full dan half-empty. Kalau kau jenis macam aku; half-empty glass, kau akan fikir atau list kan apa yang kau tak suka kat pasangan kau. Ini yang kita taknak. Kau kena betulkan balik perasaan dan minda. Ingat, kau dah pilih dia. Nak tukar-tukar buat apa. Kau ingat senang ke nak move on, suka orang lain, move on, repeat? Yang nak test market walau dah ada bf/gf tu pulak, aku cuma nak cakap pergi mati kau sana. Nanti jadi the one that got away, jangan menangis meroyan.


"The grass is always greener on the other side because it's fertilized with bullshit."

0 comment[s]

Terkilan

Bila kita (ter)putus di tengah jalan dengan kesayangan, seperti biasa, kita konfem akan rasa terkilan.
Tapi siapa boleh tipu yang betapa terkilan pun kau rasa, berserta segala marah dan dendam dan segala perancangan yang kau dah lakarkan untuk buat hidup (bekas) kesayangan kau yang memang dah patut pergi meninggal tu merana - you couldn't do it.

Sebab at one point in your life, (bekas) kesayangan kau tu la yang buat kau happy. Yang boleh buat kau ketawa sampai keluar air mata, yang (pernah la sekali dua) sanggup cari makanan yang kau nak, teman ke hulur hilir berjalan dengan kawan perempuan kau, bangun tengah malam (sambil mamai pastu marah-marah) jawab CALL kau yang menangis merapu sebab baru habis tengok Leon yang mati kena bom. Siapa lagi kalau bukan (bekas) kesayangan kau la yang jadi tempat nak mengadu minggu ni busy nak mampus, banyak gila kerja kena buat pastu rasa penat tapi lepas tu masa jumpa depan mata hilang terus segala lingkaran gelap bawah mata sebab rindu dah hilang dalam dada?



Ok gelabah gila, nampak sangat statement tak boleh move on. Lulz

Tapi betul apa, bila kita (ter)putus dengan kesayangan ni, kau akan rasa seribu kali ganda lebih sakit dari sakit putus cinta tu sendiri. Kau akan rasa terkilan. Terkilan ni satu perasaan yang akan buat kau terus mengenang, lagi bahaya dari mata yang bergenang. Sebab kau takkan hilang (bekas) kesayangan kau seorang je, but almost semua yang datang bersama dia dalam hidup kau. Kawan-kawan dia yang kau selalu lepak sama, sepupu dia yang kau kenal , abang dia yang handsome , kenalan dia yang perangai bodoh bodoh tapi fun. Ya, semua. Nanti semua jadi awkward. Semua akan hilang, dah tak significant dalam hidup kau dah. 

Jalan yang kau selalu lalu masa nak ke rumah dia dulu pun lambat-laun kau akan lupa. Tempat yang korang selalu lepak, gelak-gelak, borak pasal random things, pun akan jadi salah satu tempat dalam dunia yang mungkin korang takkan jejak dah. Pantai yang korang pergi dulu masa bersama pun tetiba rasa macam bukan pantai dah, dah jadi macam tempat bekas perang. Segala lagu, segala lirik, segala buku dan puisi yang korang baca dan nyanyi bersama pun dah tak akan diusik buat masa sekarang. Hilang. Semua akan hilang.

Dan tak ada perkataan yang aku boleh garapkan bersama untuk menerangkan kepada kamu kamu semua betapa hancurnya diri manusia yang ada satu perasaan yang dipanggil terkilan. Rasa macam diri kena rompak. Rasa miskin. Rasa hina sebab kau dah setia menunggu dengan tangan terhulur memegang hati sendiri tapi (bekas) kesayangan kau tepis tangan kau laju-laju sambil cakap " Hek eleh, tu je yang kau mampu bagi? " .

Mungkin sekarang aku faham kenapa ada orang yang sampai mati pun takkan putuskan hubungan dia dengan kesayangan, tak kira betapa teruk, betapa fucked-up pun kesayangan dia tu. Pukul seribu kali pun dia tetap merangkak semula minta maaf untuk salah yang dia tak pernah buat. Maki beribu kali pun tetap tersenyum menadah telinga kena hina. Ada, ada je orang macam tu. Kelakar kan apa cinta mampu buat dekat manusia? 

Sebab kita mana mungkin sanggup hilang benda yang kita sayang. Selagi sayang, selagi mampu, selagi tak mampus menahan sakit makan hati, sampai tu la kot. 

Ke awak tak kisah kehilangan kesayangan?
Eleh pass la kat orang lain kalau berani. Lepas tu meroyan menangis dalam almari.
Boo 




0 comment[s]

Unrealistic Love
“Come on. Realistic sikit please”

Cinta tu kan buta. Perasaan itu memang diturunkan satu dari sembilan puluh sembilan bahagian atas muka bumi tu dengan sifat tak realistic. Hanya perasaan tu sahaja yang real.

Beritahu aku berapa banyak manusia jadi bodoh atas dunia dek kerana cinta. Aku salah satunya. Dan kau tak terkecuali. Kita sama-sama pernah rasa duduk di tempat masing-masing. Jadi jangan cakap aku buta kalau kau jugak pernah tuli. Berhenti tanya kenapa nak jadi bodoh kalau kau sendiri pernah ada sikap bodoh. Setiap sebab yang aku beri tak jauh lari dengan alasan yang kau pernah bagi. Sayang.

Panggil aku indenial, sikit tak bergerak. Sepanjang hidup kau merasa cinta, apa tak pernah sekali kau duduk dalam situasi cuba menafi yang sesuatu yang pasti? Berharap juga pada yang tak pasti?

Cinta tu tak cuma datang dalam bentuk yang membahagiakan. Dah dijanjikan Tuhan yang baik itu pasti punya sisi buruk. Sama ada kau, aku, mahupun perasaan yang tak dilihat itu. Kita semua pernah memperjudi hati demi rasa yang tak pasti sejauh mana akan kekal. Bermain cinta yang tak tahu sekuat mana. Membina sejuta harapan yang entah lama mana akan bertahan. Masih kita mahu berjalan atas takdir ciptaan kita yang entah membawa ke arah mana.

Setiap kali kita mempertaruh janji yang tak pasti, setiap kali jugak risiko menanti. Risiko yang kita tahu setiap satu daripadanya bakal membunuh. Aku telan setiap madu yang aku terima, aku hadam setiap racun yang aku dapat. Biasalah, pepatah omputih ada kata ‘if you can’t handle me at my worst, you don’t deserve me at my best’. Dengan rela hati kita terima apa ada nya.

Macam mana kita mencuba untuk pasak kaki atas dasar perasaan yang kita cuba jaga, macam tu jugak kuatnya kita diuji. Dan aku masih bertahan ditempat asal . Entah, mungkin ini yang orang kata cinta pelarian.

Orang kata masa dan ruang itu mampu mengubah segala. Kadang bila kau terlalu cinta, kau lupa untuk memberi sedikit jarak antara kau dan dia. Sedar dalam tidak, sama ada kau atau dia akan mati dalam pegangan erat yang kau dan dia genggam. Atau kadang ruang tanpa niat kau beri membuka pada jalan lain yang memakan diri sendiri. Entah kau yang silap langkah, atau dia yang salah langkah. Ah, setiap haluan ada hitam dan putihnya. Takpe, berilah ruang dan masa untuk dia kalau itu yang terbaik. Mungkin yang buruk boleh jadi baik. Siapa tahu?

Kalau lah semudah meniup angin lalu membiar segala macam rasa hilang, aku rela hidup seribu tahun lagi. Sebab sakitnya hari ini tak ubah seperti di seksa seribu tahun.


0 comment[s]

Tanda si dia bosan dan akan meninggalkan kamu , hahaha
Woot woot hai . Okay harini aku dapat idea nk menaip , bangun je tido terus dapat ilham nk taip . Aku saja nk buat entry tentang tanda si dia dh bosan , special for girl only . Hihihi ,

Tanda pertama :
Sebelum dptkan girl tu , tackle setengah mati . Sms tk henti henti , chat sampai korang rasa mcm " alahaii rimasnya aku dengan mamat nie " Normal lah perempuan nie mudah jatuh hati bila ada other boy bagi perhatian sikap . Hati perempuan kn mudah terusik , Lepastu bila dh dapat korang then korang pun dh start sayang dia . Dia jarang dh jarang msg korang , sampai korang tertunggu tunggu msg dia . Sakit hati tak ? i know i pun perempuan lah . Hahaha .


*Tapi bagi aku lelaki mcm nie patut di biarkan je ,


Tanda kedua :
Dulu masa tgh sayang semua pasal korang dia korek nk tahu , tp kini hanya tinggal kenangan . Ibarat korang bercakap dengan tunggul batu . Cakap kemain panjang , dia reply "ouhh , yeke " Mesti rasa fed up and decide nk brek up . Tapi hati masih sayang so bertahan jela . Padahal dia tak pernah care pun tentang korang , You just hurt yourself !

Tanda ketiga :
Dulu dok bersayang sayang , sekarang sayang dh melayang . Bila korang ckp korang sayang dia , dia just cakap " K " atau tiada respon . Haha kalau dh sampai takda respon tu faham faham jela . Kena makesure sendiri lah kan . Tapi bagi aku , aku akan angkat kaki je belah dari life dia .

Tanda keempat :
Dia bersikap tak peduli , tetiba je tak peduli . Sedangkan sebelum nie kemain duapuluhempat jam nk text je memanjang . Kalau korang merajuk ke apa ke dia tak peduli , seolah olah korang tak wujud . Pendeknya kalau korang memberontak pun dia tetap tak peduli ! Perghh manusia spesis ini patot digoreng !

Tanda kelima :
Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir. Kalau hubungan ini secara jelas disebut SUDAH BERAKHIR oleh dia , ertinya memang dh berakhir lah .  Dia dh terang terang tunjuk dia dh tak berminat terhadap korang . So better berundur and cari orang yg jauh lebih baik , yang pandai appriciate korang !

So aku rasa cukup kot 5 kan ? pandai - pandai lah kalau dh ada salah satu tanda di atas . Hahaha , lelaki tolong jangan memberi harapan seolah olah awk cinta and sayangkan dia ! sedangkan hakikat sebenar awk takda perasaan ke dia . Main perasaan org ? orang akan mainkan perasaan awk balik !

Andd perempaun jgn terlalu cepat jatuh cinta kelak hati kecewa, diri merana . Mesti pedih bila kita dh sayangkan someone , then dia layan acuh tak acuh je . Berfikir sebelum jatuh hati , tapi hati perempuan mudah terusik kan ? aku tahu lah aku perempuan . Aku takkan tunggu lama lama kalau ada tanda mcm nie , berhenti berharap pada benda yg tak pasti ya ? :D so byebye










0 comment[s]